Sabtu, 11 Mei 2013
In:
Islamiyah
RAHASIA KEAJAIBAN KA'BAH
Berikut
15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur
Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah
adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2.
Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang
membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan
graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk
bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti
tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa
yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh
dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali
tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa,
mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6.
Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah
teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.
Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah
kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat
yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran
anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di
Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah
bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana
di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling
dirahmati.
10. Tidur
dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang
sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11.
Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara
semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut
lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12.
Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam.
Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah
di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab
itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13.
Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya.
Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan
melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad
jumlahnya.
14.
Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma
(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang
dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita
seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah
ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15.
Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan
diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah
untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya
gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat
bersama
إن شاء الله
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar