Jumat, 17 Mei 2013
In:
Islamiyah
3 GOLONGAN YANG MASUK SURGA
SYURGA adalah untuk lelaki dan
wanita yang beriman, taat kepada semua perintah Alah SWT, mencintai Allah dan
Rasulullah saw melebihi segala-galanya di dunia ini.
Kita sudah banyak melihat keterangan mengenai balasan syurga kepada lelaki yang
beriman dan beramal soleh. Minggu ini kita melihat gerangan wanita ahli syurga
yang dijanjikan Allah SWT.
Rasulullah saw menerangkan, tiga wanita yang akan bersama-samanya di syurga
ialah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis berikut:
1. Daripada Aishah ra: Aku tidak berasa cemburu kepada mana-mana isteri
Rasulullah saw sebagaimana aku mencemburui Khadijah ra, meskipun beliau telah meninggal
dunia ketika Baginda mengahwiniku. Aku selalu mendengar Rasulullah saw menyebut
hal Khadijah, dan Allah SWT telah memberitahu Baginda bahawa Allah telah
membina sebuah istana bernama Qasab (yang diperbuat daripada batu permata dan
mutiara di syurga), dan apabila Baginda menyembelih ! kambing, Baginda akan
mengirimkan bahagian-bahagian kambing itu kepada rakan Khadijah. (Hadis
al-Bukhari)
Daripada Ismail RA berkata, aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa,Adakah
Rasulullah memberi naungan kepada Khadijah? Beliau menjawab, Ya, iaitu ist a
Qasab di syurga di mana keadaannya sangat menyelesakan dan mendamaikan sekali.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
Daripada Abu Hurairah berkata, Jibrail as datang kepada Rasulullah saw dan
berkata, Wahai Rasulullah! Ini Khadijah datang menemuimu dengan membawa sup
daging (atau makanan dan minuman). Apabila dia mendekatimu, sampaikan salam
Tuhannya (Allah) kepadanya dan dariku, dan berilah naungan sebuah istana Qasab
di syurga yang di dalamnya sangat indah dan menggembirakan. (Hadis al-Bukhari).
2. Daripada Ata bin Abi Rabah. Berkata Abbas kepadaku, Mahukah aku tunjukkan
seorang wanita syurga kepadamu? Kataku, Ya. Dia berkata, Wanita hitam ini
datang menemui Rasulullah saw dan berkata, Ya Rasulullah, aku m! enghidap
sejenis sawan yang menyebabkan auratku terbuka, doakanlah untukku ya
Rasulullah. Rasulullah berkata kepadanya, Jika kamu mahu, bersabarlah dan kamu
akan masuk syurga; dan jika kamu mahu, Aku akan meminta Allah menyembuhkan
penyakitmu itu. Wanita itu berkata, Aku akan terus bersabar. Dan dia menambah,
Tetapi auratku akan terdedah kerananya, jadi mintalah kepada Allah untukku agar
auratku terpelihara. Rasulullah pun mendoakannya untuk itu..
3. Daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah saw bersabda, Aku melihat
diriku (di dalam mimpi) memasuki syurga, dan berhenti! Aku melihat ar-Rumaisa,
isteri kepada Abu Talhah. (Hadis riyawat al-Bukhari). Cuba kita renungkan
daripada ketiga-tiga contoh wanita syurga ini.Bagaimana mereka boleh terpilih
menjadi ahli syurga, bagaimana cara kehidupan mereka, kelakuan, cara mereka
bercakap, berpakaian dan sebagainya yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua
wanita yang mahukan balasan syurga.
Wanita be! rkulit hitam yang disebut di dalam hadis di atas tidak diketahui
namanya, dari mana asalnya. Cuma yang diketahui adalah amalannya, keimanannya,
sifat malunya, harga dirinya, kebimbangannya mengenai auratnya yang terdedah
apabila diserang penyakit sawan yang dihidapinya dan itulah yang membawanya
menjadi ahli syurga.
Beliau ini menghidapi penyakit dan dia datang kepada Rasulullah saw minta
didoakan penyakitnya sembuh. Dia tahu, kuasa penyembuhan adalah daripada
as-Shaafee hanyalah Allah SWT. Dan Allah mengabulkan setiap doa Rasulullah saw.
Bagaimanapun, dia memilih untuk tetap sabar dan menderita di dunia untuk
mendapatkan ganjaran syurga.
Ingatlah, iman+penderitaan+sabar adalah syurga balasannya. Dia reda menahan
penyakit yang dideritainya itu semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT dan
tidak sekali-kali menjadikan alasan penyakitnya untuk melanggar perintah Allah
SWT yaitu membiarkan auratnya terbuka sewenang-wenangnya.
Begitu juga dengan wanita Muslim lain yang mungkin terpaksa berdepan dengan
cabaran hidup dengan cara yang lain. Tidak kira siapa kita, sekiranya kita
tetap pada jalan Allah, kita akan berhadapan dengan pelbagai dugaan, kesukaran
kerana untuk mendapatkan syurga terpaksa melalui pelbagai rintangan. Tidak ada
jalan mudah untuk mendapatkan syurga.
Seorang yang mengenali Allah dan Rasul-Nya, tidak akan ragu-ragu mengikut
segala perintah-Nya. Dia akan terus mengarungi cabaran, cobaan dan rintangan
atas nama Allah dan Rasul-Nya, semata-mata kerana rasa taat, kasih dan penuh
yakin pertolongan dari Allah akan tiba.
Seorang wanita Muslim wajib memakai jilbab dan pakaian yang menutup aurat.
Bukanlah bermakna berjilbab dengan hanya menutup kepala tetapi berpakaian ketat
dan sendat, jarang hingga menampakkan susuk tubuh, bergaul bebas, bersenda
gurau dan bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim; tiada rasa malu hingga menjejaskan
maruah wanita Islam seluruhnya. Hijab yang sebenarnya itu membabitkan fizikal,
moral dan rohani.
Wanita yang disebut dalam ketiga-tiga hadis di atas ialah contoh wanita yang
menghambakan diri kepada Allah SWT, beriman dengan sebenar-benarnya, ikhlas,
muslimah, taat kepada Allah SWT dan Rasulullah saw, bijak dan berfikiran jauh.
Jika wanita Muslim hari ini mahukan balasan syurga, contohilah Khadijah, wanita
berkulit hitam dan ar-Rumais Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang
terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar