Kamis, 06 Juni 2013
In:
Islamiyah
10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI SAW
SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca
Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3
kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan
terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak
44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin
Allah s.w.t. Untuk mencegah
kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan
mengerjakan solat 5 waktu.
SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi
setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu
jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh
Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin
dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang
mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala
bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan
dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan
akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan
keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni
dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita
dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita
terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka
yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah
tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah
akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali
setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang
banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah
sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan
kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan
istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak
1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan
kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak
hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam
tidurnya.
SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka
bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari
syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang
mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita
mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah
Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang
mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang
mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan
terselamat dari azab kubur..
SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri
kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku,
sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai
suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila
mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum
lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia
telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah
bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian
ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali,
maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi
menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas.
Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka
ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang
sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w.
pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian
disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana
perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah
An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan
malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah
An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114)
dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali
disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam
golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon
perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan
manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Total Tayangan Halaman
10176
0 komentar:
Posting Komentar