Minggu, 12 Mei 2013
In:
Muslimah
PERKARA YANG PERLU DIJAGA WANITA
1. Bulu
kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan
dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki
dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki
(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan
menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka
yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada –
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian
hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah
kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim
dan Bukhari.)
8. Tangan
– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
